followPSIKO list

Save Me or Kill Me [Bab 2]

Bab 2

Julianne’s POV

Pelanggan datang macam tali air. Tak putus-putus. Kerja yang sepatutnya dilakukan empat orang, terpaksa dilakukan dua orang. Tak menang tangan aku melayan pelanggan yang datang. Rasa penat sudah mula mendesak untuk aku berehat. Enam jam bekerja tanpa henti. Akhirnya, tiba waktu pertukaran shift aku dengan pekerja shift malam. Beban yang dipikul sudah terasa ringan. Apron yang terlilit di keliling pinggang, ditanggalkan lantas disangkut pada salah satu penyangkut yang ada. Kaki melangkah lemah ke dalam bilik persalinan staf. Mata melilau mencari kerusi kosong sebelum melabuhkan pinggul. Kepala sudah mencium permukaan meja. Memang terlalu penat. Dalam otak aku sekarang ni, tak ada apa-apa melainkan aku fikir nak balik.

“Julianne!” Belakang badan dipaut kuat membuatkan aku tersedak.

Bola mata dijulingkan. Aku menoleh ke belakang. Mencari wajah manusia itu.

“Kau nak apa? Aku penat ni.” Aku mendengus.

Soojung tersengih. “Kau dah habis shift, kah?”

“Tak. Aku tengah curi tulang ni.” Kepala menggeleng rimas sebelum diletakkan semula ke atas permukaan meja.

“Tch. Tak habis-habis loya buruk dengan aku.” Kedengaran kerusi ditarik sebelum manusia itu mengambil tempat bertentangan dengan aku.

Obviously, aku dah habis shift, Soojung.” Nada malas.

“Kalau macam tu. Jom pergi tempat biasa.”

Kepala cepat-cepat aku gelengkan.

“Asal?” Soojung mencebik.

“Aku penatlah. Enam jam non-stop kot hari ni. Kaki aku dah rasa nak tercabut dah.”

“Alah, kesian kau. Ingat nak ajak teman aku cari novel baru.”

“Novel baru?” Kepala diangkat. Dahi berkerut. “Bukan kau dah beli novel baru ke sebelum ni?”

 “Memanglah. Tapi dua hari lepas, aku ada baca yang Jin ada keluarkan novel baru.”

“Serius?” Mata membeliak besar.

Soojung mengangguk laju.

Damn. Sejak bila dia keluarkan novel baru? Baru bulan lepas dia keluarkan novel terbaru. Sekarang ada lagi yang terbaru. Biar betul mamat ni. Dia ni guna otak apa sampai boleh tulis novel dalam masa yang singkat. Tak pecah kepala pula fikir jalan cerita. Ish. Tak boleh jadi ni. Aku mesti kena beli. Wajib beli. Cerita aksi yang dia tulis semua gempak. Kalau tak beli, rugi besar. Tapi kalau aku pergi kedai buku nanti, aku memang tak bangun esok. Tambah-tambah pula kaki aku dah nak tercabut suis sekarang ni. Hm. Sabar kejap. Beri aku masa berfikir.

“Ju. Berapa lama aku kena bagi masa dekat kau ni?”

Lamunan diragut. Manusia di hadapan aku pandang.

“Aku dah buat keputusan.”

“Apa dia?”



Kod pada pintu ditekan laju. Mata menebar sepanjang koridor, memastikan tiada siapa yang mengikuti aku dari belakang. Pintu terbuka. Untuk kali terakhir, aku memeriksa sebelum memasuki ke dalam perut rumah. Kasut ditanggalkan begitu sahaja. Suis lampu ditekan, buka. Kaki menapak malas ke ruang tamu. Badan terus dilemparkan ke atas sofa. Beg yang tersangkut pada bahu sudah melurut ke lantai. Aku terasa macam dekat syurga. Segala penat aku seolah-olah diserap terus masuk ke dalam sofa. Aku tahu itu hiperbola tapi tak salah mencuba.

Pandangan menala kosong ke dada siling. Melayan perasaan sendiri. Entah bila dan bagaimana, aku tak sedar aku sudah lena di atas sofa.

“Tolong. Jangan pukul saya.” Tangisan itu mula menggegarkan segenap ruangan.

“Diam!” Satu tamparan hinggap kuat di kepala. Tangisan tadi bertambah kuat.

“Maafkan saya, ayah. Saya tak akan buat lagi.” Dia merayu dalam tangisan.

“Berapa kali kau nak kecewakan aku?” Tangan itu tidak henti dari terus memukul. Rautnya bengis.

“Ayah, berhenti. Ayah!” Sendu menyekat pada kerongkong.

“Ayah. Ayah. Sejak bila aku ayah kau!” Digoncang kepala budak perempuan itu sebelum dilepaskan. Mata melilau sekitar ruang bilik. Cuba dicari sesuatu. Batang paip yang terletak di sudut bilik itu menarik minat. Tanpa banyak bicara, terus diambil batang paip itu dan digenggam kuat. Bibir sudah tersenyum. Jahat.

Budak itu dihampiri. “Selama ni aku bagi kau muka. Tapi kau pijak kepala.” Pandangan menala ke hadapan.

“Ayah. Jangan ayah.” Dia mengesot ke belakang. Kepala menggeleng laju. Tubuh sudah menggeletar, ketakutan.

Batang paip dihayun ke atas.

“Ayah!”

Kelopak mata terbuka luas. Dada tercungap-cungap mengambil nafas. Jantung berdenyut di luar kawalan. Pandangan menebar ke seluruh ruangan. Rintik-rintik peluh sudah membasahi dahi. Cahaya matahari yang menemborosi dari balik langsir melemparkan cahayanya ke ruang tamu. Hembusan nafas lega dihembus keluar. Aku bangkit dari pembaringan. Belakang leher yang terasa lenguh diurut lembut.

Mimpi.

Nafas diambil bagi menenangkan perasaan sebelum kaki mula menapak ke dalam bilik. Tuala yang tersangkut itu dicapai. Kaki berhenti melangkah. Mata memandang ke arah cermin. Meneliti pantulan imej yang dibalikkan. T-shirt diangkat sedikit. Cukup menampakkan kesan parut pada pinggang kanan. Bibir melepaskan keluh. Diturunkan kembali hujung t-shirt.

Aku masih tak faham.

Adakah kesan parut tu ada kena mengena dengan kisah silam aku.

Dan kenapa aku kerap mimpi pelik sejak belakangan ni.