You


Title: YOU
Characters: Do Kyungsoo [EXO-K] , Jung HaeJin [OC]
Quote: I will always protect and love you <3

HEY . FINALLY AKU KEMBALI BUAT COMEBACK DENGAN SATU ONESHOT :3 AKU HARAP AKU ADA IMPROVEMENT . WALAUPUN SEDIKIT /coughs/ AKU HARAPA KORANG SUKA LAH DENGAN FANFIC :3 TEEHE . 

___________________________________________________________________________________


7 Tahun

“Nama saya Haejin ...” budak perempuan itu mula memperkenalkan dirinya di hadapan kelas . Bibir mengoyak senyuman manis . Semua mata kini memandang tepat ke arah budak perempuan itu . Ada yang berbisik . Ada yang  tersenyum sinis . Ada juga yang hanya duduk membatukan diri .

“Cikgu , kenapa hodoh sangat muka dia ?” satu suara sumbang mematikan suasana sunyi di dalam kelas itu . Pantas disambut tawa pelajar-pelajar yang lain .

Senyuman di bibirnya hilang serta-merta . Butiran jernih sudah mula mengalir dari tubir mata . Diri itu terasa terhina di mata manusia yang lain . 

***

13 Tahun

“Tak ada siapa nak kawan dengan kau” paket sampah itu dicampak kasar ke mukanya . Sekumpulan pelajar perempuan itu kemudiannya beredar , meninggalkan dia di situ .

Lagi sekali , dia menangis teresak-esak di situ sambil lutut mencium bumi . Bajunya kotor . Kakinya calar-balar dek dilayan kasar seketika tadi . Hatinya remuk .

Mungkin benar apa yang dia pernah fikirkan sebelum ini . Dunia ini bukan untuk dirinya . Manusia di sekeliling tidak pernah dan tidak mahu menerima dirinya . Buruk sangat kah diri itu ? Hinakah dia dilahirkan sebegitu rupa ?

Bukankah manusia ini dilahirkan ada kelemahannya tersendiri ? Semua manusia tidak sempurna . Jadi kenapa manusia-manusia itu enggan mengaku kebenarannya ? Tidakkah mereka sedar kelemahan yang terselit di dalam diri masing-masing ?

***

Tahun berganti tahun , hidup perempuan itu masih serupa seperti dulu . Tidak bertukar walaupun semilimeter . Tiada orang mahu berkawan dengannya  . Tiada orang mahu menjadi teman bualannya . Tiada orang yang mahu menolongnya . Tiada orang ingin mendekati dirinya . Kerana bagi mereka dia itu sehina-hina manusia .

Namun pada suatu hari , segala-galanya berubah sekelip mata semenjak kemalangan itu berlaku . Oleh sebab mukanya disahkan perlu menjalani satu pembedahan bagi menutupi bahagian yang cedera teruk . Dia tidak lagi seperti dirinya yang dahulu . Dia sudah bertukar menjadi seorang perempuan yang cantik seperti cerita dongeng di mana seekor itik hodoh yang akhirnya bertukar menjadi seekor angsa yang putih . Semenjak itu , ramai lelaki sudah mula mendekati dirinya . Namun , luka yang dahulu masih bersisa di hati . Dia tidak mungkin menerima manusia-manusia itu ke dalam hidupnya .

Sedih . Mereka hanya mementingkan rupa paras dalam sebuah persahabatan .

***

Semenjak aku dijatuhkan hukuman , aku tidak lagi menjadi malaikat yang ditugaskan untuk melindungi manusia . Aku dibuang ke dunia untuk menjalani kehidupan sebagai manusia atas sebab aku gagal melindungi perempuan itu dari bahaya . Hukuman yang paling berat pernah aku jalani . Aku mengaku segalanya salah aku . Jadi bagi memulakan kehidupan sebagai manusia , aku mula bekerja di salah sebuah cafe di Seoul . Baru sehari aku bekerja , keletihan sudah menguasai diri . Satu persoalan bermain di minda . Macam mana manusia dekat dunia ni mampu melakukan kerja-kerja yang memenatkan ? Mereka sangat kuat . Aku jujur kerja sebagai malaikat juga penat , tapi tidak sepenat di dunia . Sigh .

Sudah genap 6 tahun aku tidak berjumpa dengan HaeJin selepas dia terlibat dalam kemalangan . Ketika itu aku ditarik semula ke langit kerana gagal menjaga manusia yang memerlukan perlindungan . Dan hari ini merupakan hari di mana aku dapat bertemu kembali dengannya .

Dia benar-benar sudah berubah . Tiada lagi kegelapan menguasai dunianya . Nampaknya , hidupnya sudah kembali terang . Apa yang buat aku gembira , dia sudah ada kawan di sekeliling . Ya . Aku gembira . Bagi aku , diorang seolah-olah pengganti diri ini ketika aku tiada di sisi HaeJin untuk melindungi perempuan itu .

“Eh awak ni bukan yang selalu ikut saya tu ke ?” soalan itu ditujukan terus kepada aku sebaik sahaja dia berdiri di kaunter . Sedikit tersentak aku ketika itu .

 “Nope .. err . Kau salah orang kot” Damn . Boleh pula aku gagap tadi .

Perempuan itu berkerut . Dia seakan-akan memikirkan sesuatu sejenak . Aku tidak dapat mengesan apa yang di dalam otak perempuan itu . Inilah kelemahan manusia yang kadang-kadang menjengkelkan aku .

“Tak mungkin . Saya kenal awak ! Saya ingat rupa awak masa 5 tahun lepas sebelum saya kemalangan” dia mengarah jari telunjuknya tepat ke muka aku . Pekerja-pekerja cafe yang lain sudah memberi pandangan yang pelik ke arah kami berdua . Pantas aku menolak tangan kecil molek itu ke tepi .

“Kau jangan merepek . Aku tak kenal kau” aku berdalih . Dulang yang berisi makanan dan minuman itu diangkat berhati-hati . Kaki mula mengorak langkah . Perempuan itu ditinggalkan .

“Awak jangan nak berpura-pura” dia tetap mengekori aku dari belakang . Spontan bibir menghela nafas berat . Dulang yang sedari dibawa tadi sudah selamat dihantar ke meja yang sepatutnya .

Sebaik sahaja aku memusingkan badan menghadap perempuan itu . Pergelangan tangannya  terus ditarik kasar . Dia meronta-ronta minta dilepaskan . Mata di sekeliling memandang tepat ke arah kami . Namun aku langsung tidak mengendahkan mereka . Pintu cafe dibuka dan aku terus membawanya jauh dari situ . Sesampai sahaja di satu lorong , aku melepaskan pergelangan tangan perempuan itu . Spontan dia menarik tangannya rapat ke dada lalu diurut lembut tempat yang dipegang tadi . Merah .

“So whats now ?” aku menyoal . Kening sebelah menjungkit . Aku merenung tepat ke dalam kolam matanya . Mimik mukanya seakan-akan mahu menangis di situ .

Aku menjeling jam yang terlilit di pergelangan tangan . “I give ten seconds or i’ll leave you here” kataku tanpa memandang wajah perempuan itu . Mata masih menala ke arah jam tangan .

“Satu !” aku mula mengira .

“Dua !”

“Tiga !”

“Empat !” perempuan itu masih mendiamkan diri .

“Lima !”

“where your wings have gone ?” soalan itu ditujukan  sebelum aku mengira saat yang keenam . Spontan mata membuntang . Tangan kanan jatuh ke sisi perlahan-lahan . Wajah perempuan itu dipandang .

Tak mungkin dia tahu perkara sebenar .

Tak mungkin !

Sebab aku tak pernah dedahkan diri aku yang sebenar .

“Mana sayap awak pergi ? Cakaplah” dia menggoncang perlahan bahu aku . Membuatkan aku terbangun dari khayalan . Pantas kedua-dua belah tangan HaeJin aku tolak ke tepi . Aku mengerlus rambut ke belakang . Bibir menghembus nafas .

“Aku bukan lagi malaikat yang selalu protect kau dulu . Im a human now . Human like you ! Puas hati kau ?” amarahku menghambur keluar . Dada turun naik mengambil udara . Aku benar-benar tertekan apabila soalan itu diajukan .

Haejin tersentak . Matanya membulat besar . Tidak lama kemudian , pandangannya kembali redup .

“Betulkah ?” dia cuba mencari wajahku di sebalik tangan yang menutupi muka .

 Aku mengeluh . Kepala jatuh ke bumi  .

 “Aku gagal protect kau masa kemalangan tu berlaku”

“Aku sepatutnya selamatkan kau dari terus kena langgar dengan kereta tak guna tu”

“Tapi aku tak sempat . Segalanya berlaku . Kau kena langgar dan aku terus ditarik ke atas” sambung aku lagi seakan-akan tidak memberi ruang untuk Haejin bersuara .

“And this . Hukuman yang aku terima . I’ll forever live as human . Not an angel anymore . I cant protect you” aku menerkup muka . Cuba menyembunyikan apa yang aku rasa sekarang ini . Entah kenapa . Tiba-tiba aku terasa seperti dipeluk . Bahagian belakang kepala diusap lembut . Dia cuba menenangkan aku .

Seketika kemudian . Pelukan itu dilepaskan . Bahuku ditepuk beberapa kali .

“Walaupun awak bukan lagi angel . Tap bagi saya , awak masih angel  yang tuhan hantar untuk lindungi saya . Saya patut berterima kasih dengan awak . Kerana awak masih lagi mahu melindungi saya walaupun saya tak layak . And for your information , you are the reason why im still here . Awak nak tahu something ?” dia memandang wajahku tanpa mempedulikan wajah aku ketika itu .

Aku mengerut dahi . Haejin tersenyum .

“Saya janji pada diri saya , yang saya akan cari awak sebaik sahaja saya terbangun dari koma . Dan hari ini . Saya berjaya jumpa awak . Sekalipun awak cakap yang awak tu bukan malaikat yang cari selama ni . Hati saya tetap kata itu awak . You cant ran away from me” bibirnya mengoyak senyuman .  Senyuman yang sudah lama aku nak tengok semenjak 14 tahun dulu . Senyuman yang aku rindukan selama ini .

“So how about we start with first step dulu ?” dia memberi cadangan . Aku mengerut dahu .

“Maksud kau ?”

“Kita jadi kawan”

Kawan ?

Tanpa banyak suara aku terus mengangguk kepala . Haejin tersenyum ceria .

***

Hari bertukar hari . Minggu bertukar minggu . Bulan bertukar bulan . Tanpa aku sedar , sudah lebih dari lima bulan kami berkawan . Setiap hari Haejin pasti akan datang ke cafe dan kami akan balik bersama . Kehidupan aku sedikit sebanyak berubah semenjak Haejin berada dekat dengan aku . Malam itu , jutaan bintang di langit menghiasi dada langit . Angin mula menampar lembut permukaan wajah . Sejuknya terasa sehingga tulang . Aku dan Haejin duduk di sebuah taman permainan berdekatan rumah perempuan itu .

“Haejin , nak tangan kau” aku bersuara memecahkan sunyi . Perempuan itu tersentak dari lamunannya . Terus pandangannya dibuang ke wajah aku di sebelah .

“For what ?” dia bertanya .

“Just bagi jelah . Nanti aku tahulah nak explain”

Tanpa banyak bunyi , Haejin terus menghulurkan tangan kanannya kepada aku . Terus tangan itu disambut . Reben merah yang disimpan di dalam poket sweater , ditarik keluar . Aku mula mengikat hujung reben pada jari kelingking Haejin . Kerutan di dahi perempuan itu semakin menjadi-jadi . Aku tersenyum nakal dalam diam .

“Menurut cerita dongeng yang aku baca dekat internet semalam . Kalau kita kedua-dua hujung reben ini pada jari kelingking kita berdua . Kita akan hidup bersama selama-lamanya” aku menjelaskan satu persatu . Haejin nampak khusyuk mendengar penjelasan itu . Kemudian , hujung reben lagi satu . Aku ikatkan pada jari kelingking aku pula .

“Kalau macam tu . Lets live together forever !” kata Haejin dalam nada yang ceria . Bibirnya mekar dengan senyuman panjang . Aku juga turut tersenyum .

Kepala mengangguk laju . “Aku harap hubungan persahabatan kita ini akan kekal sampai bila-bila” ucapku .

“Saya juga berharap awak akan sentiasa jadi angel saya” dia mengenggam tangan aku serentak dengan itu satu perasaan aneh mula terselit di lipatan hati . Namun , pantas aku halau jauh-jauh perasaan itu pergi .

“Kyungsoo”

“Hmm” aku menyahut panggilan itu .

“Esok awak kerja tak ?”

“Tak”  .... “Kenapa ?”

“Saya tak ada kelas . Jom jalan-jalan esok . Nak tak ?”

Langsung pandangan ditarik memandang perempuan itu . Dahi berkerut .

“Do you mean , DATING ?”

Spontan perempuan di sebelah menepuk dahi . “sengal betullah mamat ni”

“Walaupun kau membebel sorang-sorang macam tu . Aku tetap dengar . Aku belum pekak , Haejin” nada mendatar . Perempuan itu menggaru tepi kepalanya .

“Apa-apa jelah nama awak nak beri . Dating ke . Candy light dinner ke . Yang penting esok saya nak ajak awak jalan-jalan”

“Dekat mana ?”

“Seoul Mall . Tahu dekat mana kan ?” Aku mengangguk .

“So . Esok pukul 2 petang saya tunggu awak dekat situ . Make sure you punctual ok . Awak lambat saya terus balik” dia memberi amaran .

“Baliklah . Aku amik kau dekat rumah nanti” perliku . Spontan tangan kecil itu menampar lengan . Sakitnya menyengat .

“Ini tangan ! Bukan bantal !” Haejin menutup telinga . Dia menjulingkan matanya .

“Malaikat mana boleh marah” perempuan itu mencebik . Satu sindiran hebat untuk aku .

“For the nth time , Ms Haejin .......” belumpun aku sempat menghabiskan ayat aku . Haejin sudah memotong .

“Yes i know . Awak bukan lagi malaikat . Tapi still awak lahir dari kalangan dorang . Ish” dia mendengus .

“Malas nak layan perempuan gila ni lah”

“Siapa gila ?”

“Jung HaeJin”

“Apa ?”

“Pekak”

“Kurang kacak punya malaikat”

“Apa ?”

“Pekak !”

Sedas aku terkena . Entah kenapa malam itu , kami bergaduh pasal benda kecil . Puncanya  sebab Haejin pukul tangan aku . Lepastu kami berdua mula bertekak macam budak kecik . Dan seterusnya  .

***

Kaki berlari laju ke tempat yang dijanjikan semalam . Sudah 5 minit melepasi 2 petang . Aku tahu Haejin akan memarahi aku sebab tidak menepati janji . Namun itu semua bukan salah aku . Salahkan bas yang aku naik tadi . Boleh pula rosak tengah-tengah jalan . Mujurlah jarak tempat yang bas tu rosak tak jauh dari Seoul Mall . Jadi aku mengambil keputusan untuk berlari ke sana . Ya tuhan . Minta-mintalah Haejin tak marahkan aku .

“Lambat 10 minit !” dia mencebik . Jam tangannya ditunjukkan kepada aku .

“Sorry , Haejin . Aku bebetul minta maaf” aku merapatkan tapak tangan kedua-dua tangan . Kemudian tidak henti-henti  memohon maaf . Haejin menjulingkan matanya .

“Apa-apalah . As long as awak dah sampai sini . Jom masuk” dia seakan-akan tidak mahu memanjangkan keadaan . Terus pergelangan tangan aku ditarik oleh perempuan itu . Aku membuntuti langkahnya masuk ke dalam Seoul Mall .

Sesampai sahaja di hadapan pintu masuk cinema . Aku terus berhenti . Haejin juga turut berhenti . Kepalanya laju menoleh ke arah aku . Dahinya berkerut .

“Awak ni kenapa ?”

“Tempat ni ? Taknak lah !” aku cuba melepaskan tangan aku dari genggamannya .

“Mana boleh . Awak kan dah janji semalam” dia merungut . Aku terus menggeleng laju .

“Aku tak tahu tempat yang kau nak ajak tu . Cinema . Tolong Haejin . Kita pergi tempat lain” aku merengek . Tangan masih lagi meronta-ronta untuk dilepaskan . Namun tenaga perempuan itu lagi kuat .

“No means No . You have to follow me . Saya dah beli tiket . Malam boleh batalkan camtu je . Jom” dia terus menarik aku masuk ke dalam kawasan cinema itu . Aku masih berkeras untuk tidak melangkahkan kaki ke kawasan itu .

“Do Kyungsoo !”

“Taknak !”

“Janganlah macam ni . Tak kesiankan saya ke ?” Haejin mula membuat dramanya yang aku dah masak dengar dari dulu lagi .

“No means no” sengaja aku mengambil ayatnya tadi . Hujung ayat aku tekan .

“Please Kyungsoo . Saya bet awak mesti tak menyesal apa-apa . Lagipun cerita yang saya beli ni bestlah . Awak mesti teman saya tengok” dia cuba memberi aku kepastian .

“Ya je ?” Aku memandangnya dari hujung mata . Mata dikecilkan .

Tapak tangannya di angkat . “I swear you wont regret nothing” katanya beria-ria .

Akhirnya !

Aku mengaku kalah juga . Haejin tersenyum puas . Terus dia menarik tangan aku kembali memasuki kawasan cinema itu .

“Only this time , Haejin” kataku seraya membuntuti langkah Haejin .

***

Tangan menopang dagu sementara siku mencium paha . Badan membongkok . Aku betul-betul bingung sekarang ni . Dari pertengahan cerita itu mula ditayangkan sampai habis cerita tu . Haejin tak henti-henti menangis . Bila aku tanya kenapa . Dia hanya menggeleng dan cakap cerita tu sedih  . Sedih ? Ending cerita tu bukan ke perempuan tu kahwin dengan lelaki yang pernah berpisah dengan dia masa kecik-kecik dulu . Itu kira Happy Ending juga . Jadi apa yang sedihnya . Aku tak faham dengan manusia yang bernama perempuan ni . Orang di sekeliling sudah memberi pandangan yang membuatkan aku rasa seolah-olah aku ni lelaki tak guna .

Sedang sibuk aku meliarkan pandangan ke seluruh kawasan . Tiba-tiba aku terpandangkan sebuah kedai aiskrim di seberang jalan sana . Kemudian aku membuangkan pandangan ke arah Haejin yang masih menangis itu . Mungkin itu cara yang terbaik untuk buat perempuan ni kembali ceria . Tak ada cara lain dah . Aku nampak cara ni saja .

“Sedapnya aiskrim dekat sana tu” sengaja meninggikan nada . Spontan Haejin mengangkat kepalanya . Air mata yang bersisa itu masih nampak mengalir di pipi gebu perempuan itu .

“Mana ? Mana ?” dia memandang ke kiri dan ke kanan .

 Yes .

Mission accomplished

“Mana ada dekat sana tu . Kedainya dekat situlah” Aku mengarah jari telunjuk pada kedai aiskrim di seberang jalan sana . Haejin sudah menjilat bibirnya .

“Sedapnya ~”

“Nak tak makan aiskrim tu ?” aku menyoal walau pada hakikatnya aku tahu jawapannya .

“NAK !” pantas perempuan itu memberi respon .

“Jom kita pergi sana” aku menarik tangan Haejin ke bibir jalan .

“Kejap nak keluarkan duit” aku memberi isyarat untuk berhenti seketika . Wallet di dalam poket seluar di tarik . Beberapa helai not dikeluarkan . Sebaik sahaja aku mengangkat muka ke sisi . Mata membulat besar . Terus aku menarik pandangan ke hadapan . Haejin dah mula melintas . Terpandangkan sebuah kereta yang laju meluru dari barat itu . Tanpa fikir panjang aku terus berlari ke arah Haejin . Shit . It cant be happening .

“Haejin !” aku menolak badan perempuan itu ke bibir jalan . Hon sudah mula kuat menyucuk telinga . Aku toleh sahaja kepala ke arah cahaya kereta itu datang .

“KYUNGSOOOOO !!!”

***

Normal POV

Saat demi saat debaran di dada kian membunuh . Haejin menyandarkan kepalanya pada dinding . Hatinya tidak putus-putus berdoa  agar lelaki itu selamat dibedah . Air matanya tidak henti-henti dari terus mengalir . Entah kenapa , memori bersama lelaki itu mula berlayar di fikiran . Sekejap-sekejap dia tersenyum . Sekejap-sekejap dia teresak di situ . Dia benar-benar berharap lelaki itu masih lagi mampu untuk berada di sisinya . Bukankah mereka sudah janji untuk bersatu selamanya sebelum ini ?

“Cik Haejin” suara itu mencantas lamunannya yang bertunas . Spontan dia terbangun dari kedudukan . Wajah doktor itu direnung .

“Macam mana dengan dia , Doktor ?” mulutnya laju bertanya . Doktor itu tersenyum .

“Jangan risau . Tiada apa-apa yang serius . Pesakit mahu berjumpa dengan awak . You may get in now” kata doktor itu sebelum beredar . Haejin menunduk hormat .

Dia menghembus nafas berat sebelum memulas tombol . Pintu bilik wad itu ditolak . Matanya tertumpu pada sekujur badan yang lemah terbaring di atas katil itu . Lelaki itu memandang tepat ke arahnya . Haejin dapat melihat sebaris senyuman dibalik penekup oksigen itu . Dia juga sedaya upaya menguatkan dirinya untuk mengoyakkan senyum . Kelat .

“Hey . Whats up ?” perlahan-lahan dia berjalan ke arah lelaki itu .

Kyungsoo hanya membuat jari ‘OK’ sahaja . Haejin tersenyum . Air matanya masih lagi segar mengalir ke pipi . Kyungsoo cuba menarik penekup oksigen itu . Namun dihalang cepat oleh Haejin .

“No . Jangan buka benda ni”

“No .. Haejin .. Benda ni halang saya nak cakap dengan awak ....” suara Kyungsoo lemah . Namun masih boleh didengari Haejin . Perempuan itu tidak menghalang lelaki itu . Dibiarkan sahaja lelaki itu buat apa yang dia mahu .

“Dont ... Dont .. Cry ... Haejin” terasa sukar untuk lelaki itu bercakap . Tekaknya terasa perit . Haejin menggeleng-geleng kepalanya .

“I just cant” jawab perempuan berselang sendu .

“Ingat ... Janji ... Ki.. Ki..Ta dulu ?” air liur cuba ditelan . Dahi lelaki itu berkerut-kerut .

“Ingat” sebaik sahaja Haejin memberi jawapan itu . Kyungsoo terus menghulurkan reben merah yang pernah mereka gunakan untuk membuat perjanjian .

Haejin memandang reben itu lama . Sebelum mengambil reben merah itu dari tangan Kyungsoo .

“Simpan ... Reben .. N .. Ni” Lelaki itu menggenggam lemah tangan Haejin . Perempuan itu mengangguk kepalanya beberapa kali .

 “Haejin” nama perempuan itu dipanggil . Kyungsoo cuba mencari bola mata perempuan itu .

“Hmm ya ~” dia cuba menggagahkan diri untuk bertentang mata dengan lelaki itu .


“I ... Can ... See .. Heaven ..” bibir pucat Kyungsoo cuba mengulum senyum . Terus Haejin diserang perasaan sebak .

“No . Apa yang awak merepek ni . Awak mana boleh tinggalkan saya , Kyungsoo . Kitakan dah janji nak hidup sama-sama selamanya” dia tersedu-sedan di tepi lelaki itu . Tangan Kyungsoo diramasnya . Setitik air matanya jatuh pada kulit Kyungsoo .

“I  ... I” mesin denyutan jantung itu mula berbunyi . Seolah-olah memberi isyarat kepada Haejin bahawa Kyungsoo akan pergi meninggalkannya selamanya .

“No Kyungsoo . No ! You cant leave me ! Be strong !” Haejin tidak henti –henti memberi semangat . Air matanya mengalir semakin deras . Membuatkan pandangannya menjadi kabur .

“Hae ... Jin ... Jin ... Saya .. Gembira .. Hi .. Hi Dup ... bersama awak ...” dalam genting itu . Kyungsoo masih menguatkan dirinya untuk memberitahu segalanya . Wajahnya semakin pucat .

“Be Strong , Kyungsoo !” Haejin merengek . Semakin erat dia menggenggam tangan Kyungsoo .

“I ... I .. Love .. You .. Haejin”

TEEEEEEEEEEEEEEEEEEEETTTTTTTT

“KYUNGGSOOOOO !!!!!!” Perempuan itu menjerit . Badan lelaki itu dipeluk erat . Dia tidak sangka lelaki yang sentiasa melindungi dirinya kini sudah pergi buat selama-lamanya . Haejin menangis semahu-mahunya di bahu lelaki itu .

“Miss . Miss . Sila miss . Kami perlu periksa pesakit ini” Salah seorang jururawat itu cuba mengarahkan Haejin untuk keluar . Haejin melepaskan pelukan terakhir itu sebelum beredar keluar .

Dia tersandar lesu pada dinding . Kemudian badannya melorot ke bawah . Kata-kata terakhir Kyungsoo terngiang-ngiang di telinga . Perasaan bersalah mula menyelubungi dirinya . Kalau dia tidak lintas jalan begitu saja . Mungkin dia boleh hidup bersama dengan Kyungsoo buat selamanya . Kenapa benda ini perlu berlaku . Dia sudah tiada lagi sesiapa di sisi . Dia sudah hilang satu-satu angel-nya . Do Kyungsoo .

“Kyungsoo . i will forever love you . You are my angel . Guardian Angel” reben merah itu digenggam kuat . Dia menangis semahu-mahunya di situ . Dia sudah tidak kuat kerana kekuatannya hanyalah Kyungsoo .

Im your guardian angel .
I ride a soft wind into your world
I will always by your side to love you and protect you

-Do Kyungsoo-

THE END

No comments:

Post a Comment