
Tajuk : I'm Sorry
Watak : Kim JongIn , Choi Sarah (oc) , Oh Sehun , Park Chanyeol
Panjang :
Lagu : tekan sini
Pemerah idea : hana zaid
Foreword : Maafkan beta kerana tatabahasa yang tunggang terbalik u__u
Watak : Kim JongIn , Choi Sarah (oc) , Oh Sehun , Park Chanyeol
Panjang :
Lagu : tekan sini
Pemerah idea : hana zaid
Foreword : Maafkan beta kerana tatabahasa yang tunggang terbalik u__u
___________________________________________________________________________________
Kepulan asap yang keluar dari cawan kopi itu direnung kosong . Tiada keinginan untuk menyisip sedikit pun minuman itu . Entah kenapa seleranya hilang secara tiba-tiba . Jam yang terlilit di pergelangan tangan itu dikerling sekilas . Spontan keluhan berat dilepaskan keluar . Belakang leher yang terasa lenguh diurut lembut menggunakan tapak tangan . Sudah dua jam dia menunggu manusia itu datang . Namun bayangannya masih tidak kelihatan dari tadi .
Telefon ditarik keluar dari kocek seluar . Laju ibu jarinya menekan nombor seseorang . Usai menyentuh kotak hijau pada skrin telefon canggih itu , terus dilekapkan telefon itu ke telinga . Dengan sabar dia menunggu manusia yang dipanggil itu untuk mengangkat panggilan .
“Hello ?”
Matanya membuntang apabila suara itu menjawab panggilannya . Kuat dia mengetap gigi sehinggakan tulang rahangnya jelas kelihatan . Telefon ditarik dari telinga . Pantas talian dimatikan . Damn it .
Tanpa membuang masa , dia mengangkat punggung dari kerusi . Sehelai not dikeluarkan dari walletnya lalu diselitkan di bawah pinggan cawan . Diayun laju kaki keluar dari cafeteria itu . Buku limanya semakin kuat digenggam . Hatinya sudah bermacam-macam . Panas . Marah . Semuanya ada .
***
“Apa ni ?” tegas dia menyoal perempuan yang setentang dengannya itu . Matanya mencerlung tajam membuatkan perempuan itu terketar-ketar hendak menjawab soalan yang diajukan .
“JongIn , ni semua salah faham . Benda bukan macam yang kau fikirkan .” manusia yang sedari tadinya berdiam diri di sebelah perempuan itu , akhirnya membuka mulut . Tangannya menepuk bahu JongIn yang masih tidak melepaskan renungan dari perempuan di hadapannya itu . Hatinya sungguh remuk . Hujung bibir ditarik . Sedas tawa sarkastik dilepaskan . Kemudian pandangannya ditarik ke manusia disebelah . Ditepis kasar tangan manusia itu .
“Benda bukan macam aku fikir ?” sarkastik dia menyoal . Berkerut dahi JongIn memandang lelaki itu . “Apa ? Kau expect aku nak fikir baik bila kau ada dekat rumah dia ? Apa ni , Sehun ? Aku ingat kita kawan dari kecil kau takkan pernah tikam aku dari belakang . Tapi tanggapan aku salah . Kau memang talam dua muka , Sehun !” tegang uratnya berteriak . Senyuman sarkastik masih terlekat pada bibir .
“Dan kau , Sarah .” matanya terjatuh pula pada perempuan yang sedari semakin ralit menangis . “Antara kita sekarang ...” dia berhenti seketika . Direnung Sarah beberapa minit sebelum menyambung semula .
“It’s officially over .” katanya seraya mengetap gigi . Terpempan perempuan itu . Matanya membulat besar . Semakin mencurah-curah butiran jernih mengalir dari tubir mata . Perlahan-lahan dia melorot ke lantai . JongIn tidak langsung hirau untuk memandang perempuan itu dan Sehun . Dia memusingkan badannya ke arah lain dan mulai melangkah pergi . Panggilan namanya itu tidak langsung dipedulikan .
Punat kunci kereta ditekan . Pintu kereta dibuka . Belum sempat dia hendak masuk ke dalam perut kereta . Seseorang telah menghalangnya dirinya untuk membuat sedemikian .
“Kim JongIn !” meluat hatinya mendengar suara itu . Tangan Sehun memegang kuat pintu kereta itu , menghalang untuk kawannya pergi sebelum dia menjelaskan perkara sebenar . “Dengar dulu apa aku nak terangkan , JongIn .”
“Apa lagi kau nak , Sehun ? Benda dah jelas depan mata aku . Kau nak terangkan pun dah tak ada guna .” suara JongIn kedengaran angkuh . Beberapa tawa sarkastik meluncur dari mulutnya .
“JongIn , it was a complete misunderstanding . Percayalah cakap aku . Beri aku peluang untuk terangkan semuanya .” rayu Sehun . Lembut matanya memandang raut JongIn . Manusia itu hanya mendiamkan diri . Tangan Sehun yang masih memegang pintu keretanya dia tepis ketepi . Terus dia masuk ke dalam perut kereta .
“Remember , Kim JongIn . Sarah masih perlukan kau !” kata Sehun sebelum manusia lagi seorang itu memacu laju kenderaannya keluar dari tempat yang mungkin tidak akan dijejakinya lagi .
Sehun melihat kereta itu dipacu laju keluar dari kawasan kondominium itu . Keluhan dilepaskan perlahan .
***
Laju kereta yang dipandu itu membelah angin malam tanpa arah tujuan . Mungkin matanya tertumpu pada jalan raya . Namun mindanya entah kemana menerawang . Bibir bawahnya digigit . Kepalanya ditongkat dengan buku lima sementara sikunya mencium border di tepi cermin pintu keretanya . Ayat terakhir yang dikatakan oleh Sehun itu terngiang-ngiang di telinga . Tulang sendi jari telunjuk digigit .
“Remember , Kim JongIn . Sarah masih perlukan kau !”
Kereta serta-merta berhenti di bahu jalan . JongIn terus keluar dari perut kereta . Dihempas pintu kasar . Urat-urat rambutnya ditarik , cuba mengurangkan ketegangan di kepala yang dia rasakan tatkala itu . Dia cuba perlahan-lahan menghirup udara segar malam itu . Tenang angin membelai wajahnya . Rambut pula menari-menari mengikut rentak angin . Dia tersandar lesu di badan kereta sementara tangan memeluk tubuh . Matanya menala ke langit malam . Kosong . Tiada bintang mahupun bulan .
Flashback
Malam itu sungguh terang dan cantik apabila bulan penuh menghiasi langit . Sengaja JongIn membuka atap keretanya untuk menikmati udara malam . Lelaki itu mengerling sekilas manusia disebelahnya sebelum menumpukan pandangannya kembali ke atas jalan raya . Wajah itu sungguh tenang sambil menala ke dada langit . Perlahan-lahan tangan JongIn meramas lembut tangan teman perempuannya itu , membuatkan perempuan itu tersentak ke alam nyata kembali .
“Everything’s going to be fine . Jangan risau ok , sayang ?” lembut suara JongIn menenangkan hati Sarah yang sedang bergelora itu . Tipis perempuan itu tersenyum . Perlahan kepalanya mengangguk , menyetujui apa yang JongIn katakan tadi .
“I’m just scared , i cant stay any longer with you . That’s all .” spontan JongIn tersentap dengan apa yang terluncur dari mulut Sarah . Wajah perempuan itu tidak menunjukkan riak sedih mahupun kecewa . Hanya senyuman terukir pada bibir pucat itu .
JongIn masih terpaku . Mulutnya seakan-akan terkunci . Otaknya masih mencari ayat . Hatinya sedih apabila Sarah berkata sedemikian . Dia tidak mahu penyakit kanser usus itu meragut nyawa teman perempuannya sebelum mereka memasuki alam perkahwinan . Jika boleh dia tidak mahu Sarah pergi langsung . Dia sangat menyayangi perempuan itu lebih daripada segalanya . Jika perempuan itu pergi , ia seakan-akan terasa seperti sebahagian jiwanya juga pergi .
Mana dia hendak cari sumber kebahagiannya jika Sarah pergi ?
Bagaimana keadaan dirinya jika Sarah pergi ?
Siapa hendak menjadi tempat mengadunya jika Sarah pergi ?
Macam-macam persoalan sudah melayang di dalam mindanya . Hatinya semakin berat . Tanpa dia sedari , sebutir demi sebutir mutiara jernih jatuh dari tubir matanya . Dicium tangan perempuan itu lama sebelum meletakkan kembali ke riba Sarah .
“JongIn , janganlah menangis .” kata manusia itu apabila terasa pipi JongIn basah . JongIn tidak berkata apa-apa . Dia memilih untuk menutup mulut seketika .
Sarah menghembuskan keluhan panjang sebelum menyambung . “Kalau Sarah pergi pun , Sarah akan perhatikan JongIn dari atas sana . Kenapa JongIn nak risau ? Bukan bermakna Sarah pergi satu hari nanti , Sarah akan pergi selamanya . Sarah masih tetap dalam hati JongIn kan ? Cuma beza Sarah tiada lagi dekat depan mata JongIn masa tu . JongIn janganlah menangis . Tahukan Sarah benci tengok JongIn menangis ? Hati Sarah tak tenang kalau JongIn terus macam ni . Sarah nak kita bahagia instead of bersedih . Okey ?” tulus dia memandang bahagian tepi wajah JongIn . Dipeluk badan lelaki itu erat . Perlahan-lahan JongIn mencium kepala Sarah .
“I promise .” perlahan dia membisik . Sarah hanya tersenyum tipis .
End Of Flashback
JongIn melangkah keluar dari perut kereta . Kereta dikunci kemudian dia mengorak langkah ke dalam bangunan apartment-nya . Sampai sahaja di hadapan pintu rumah , kod ditekan laju sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumahnya . Cahaya lampu masih terbuka . Suara dari televisyen juga masih jelas kedengaran .
“Yo .” dia menyapa manusia yang sedang ralit menonton rancangan di televisyen sambil memasukkan beberapa popcorn ke dalam mulut . Kunci kereta dicampak ke atas meja kopi sebelum dia menghempas lemah badannya ke atas sofa . Hujung mata sahaja manusia itu memandangnya kemudian ditarik semula pandangannya ke kaca televisyen .
“Aku tak nak cakap dengan kau .” suara Chanyeol mendatar , namun masih berbisa bunyinya . JongIn mengeluh . Televisyen ditutup .
“Aku gurau je tadi .” Chanyeol tersenyum bodoh sambil menukar posisi duduknya menghadap JongIn yang sedang terlelap sambil merehatkan kepalanya pada bingkai badan sofa .
“Tapi tak bermakna aku gurau . Aku tak marah !” manusia itu mengunyah popcorn di dalam mulut . Ganas .
JongIn mendengus [snort] .
“Aku bagi kau satu saat terangkan semuanya”
“Kau dah tahu” itu sahaja JongIn balas . Sebelah matanya yang tertutup , dibuka untuk melihat Chanyeol . Kemudian dia melelapkan semula matanya . Kali ini giliran Chanyeol pula mengeluh .
“JongIn , kau tahu keadaan Sarah sekarang kan ? Kenapa kau buat dia macam tu ? Kau tak sedar ke kau tambahkan lagi sakit dia ? Kau tak kesian ke dengan dia weh ? Kenapa kau kejam sangat ?” sungguh banyak soalan meluncur dari mulut Chanyeol . Redup pandangan lelaki itu memandang kawannya yang masih berlagak seperti sedang tidur lena itu .
“I saw everything , Chanyeol . She . With . Sehun .” perlahan JongIn membalas selepas beberapa saat mendiamkan diri . Matanya masih setia tertutup .
“Itu salah faham kan ?”
Mata JongIn dibuka perlahan-lahan . Chanyeol direnungnya membuatkan manusia itu menelan liur . Seram dengan pandangan yang diberikan oleh JongIn .
“Kau nak cakap aku yang salah sekarang ni ?”
“Nope . Aku tak salahkan kau . Sehun . Sarah” Chanyeol berhenti seketika untuk memasukkan sebutir popcorn ke dalam mulut . “Tapi aku salahkan takdir .” matanya memandang siling putih pucat di halaman tamu itu . Kepalanya mengangguk-angguk perlahan . Mulutnya sedikit mencebik . Spontan JongIn mengambil bantal di sebelahnya lalu dibaling kasar ke arah Chanyeol . Manusia itu tersedak dek tercekik popcorn .
“Aku serius , kau main-main . Tu makan dia” JongIn merengus geram . Satu bab dia benci dengan Chanyeol ― Chanyeol tidak pernah serius dengan segala perkara yang berlaku , namun manusia itu lah yang faham dirinya lebih daripada semua orang . dan juga ........ Oh Sehun .
“Sehun beritahu aku semuanya tadi .” Chanyeol berhenti seketika lalu matanya memandang JongIn untuk keizinan menyambung cerita . JongIn merehatkan kepalanya pada bingkai badan sofa . Matanya menala kosong siling putih di atas itu .
“Sambung .” dia pinta .
“A year ago , Sarah tukar hospital dan hospital tu bawah Encik Oh , ayah Sehun , sebab kanser usus dia makin teruk . Bila tahu Sarah tukar ke hospital tu , secara tak langsung Sehun terus volunteer nak take care semua sekali kes Sarah sebab dia tahu Sarah tu teman wanita kau . Well , kau kan benci orang lain sentuh Sarah unless kawan-kawan kau , itu pun ada batas juga .” Chanyeol menarik hujung bibir atasnya selepas beberapa perkataan itu dan dia menyambung .
“At first , Sehun nak beritahu kau pasal ni . Tapi Sarah halang dia . Sarah cakap dia boleh take care pasal hidup dia . Yalah , kau kan busy memanjang dengan syarikat kau . Jadi , dia taknak kacau dan susahkan kau makanya dia terpaksa tipu kau yang dia kononnya pindah pergi balik rumah nenek dia . Tapi tak , sebenarnya dia tukar hospital dan terpaksa tinggal situ untuk beberapa bulan . Kalau ikutkan , Sarah tak boleh keluar hospital . Tapi disebabkan dia nak sangat jumpa kau . Sehun benarkan itupun bersyarat . Sehun kena tinggal sekali dengan dia . Bukan nak usya awek kau . Tapi untuk awasi gerak geri Sarah supaya dia tak pengsan tanpa orang dekat rumah .” Chanyeol berhenti seketika untuk mengambil udara selepas panjang lebar menerangkan segalanya . JongIn tekun menadah telinga mendengar segalanya dan pandangannya masih terlekat pada siling .
“Aku tak tahu apa rasuk kau . Without even giving Sehun to clear up everthing . Kau terus putus dengan Sarah . Kau tahu Sarah masih perlukan kau dekat sisi dia kan ? Tapi kenapa kau buat macam tu dekat dia , JongIn ?”
“Aku tak tahu .” akhirnya JongIn bersuara . Chanyeol menghembus keluhan berat .
“Jangan sebab kau marah . Kau lepaskan segalanya yang kau tak terfikir untuk cakap atau buat . Aku taknak kau menyesal dengan apa kau dah buat , JongIn . Sekarang aku nak kau buang ego kau dan make everything fine back . Aku nak kau patah balik dengan Sarah dan minta maaf dengan apa kau dah terlepas cakap . Aku yakin Sarah boleh maafkan kau sebab kau je manusia yang dia ada atas muka bumi ni . Ingat ?” redup mata Chanyeol memandang JongIn . Habis bicara , Chanyeol terus mengangkat pinggul . Tangan ditarik ke udara untuk menggeliat . Kemudian tangannya jatuh pada bahu JongIn .
“Sarah masih perlukan kau , bro.” usai bercakap manusia itu terus jalan ke dalam biliknya , meninggalkan JongIn terus hanyut dengan khayalannya . Tanpa dia sedari , dia terlena di sofa maroon itu . Mungkin penat memikirkan perkara yang berlaku pada hari itu .
***
Sudah dua hari , dia termenung memikirkan perkara yang sama . Di tempat kerja . Di tempat makan . Di rumah . Di dalam bilik . Semua tempat . JongIn masih tidak boleh melupakan tentang hal yang berlaku di rumah Sarah tempoh hari . Dia benar-benar kesal dengan apa yang dia sudah ucapkan . Dia mengaku dia masih di alam realiti . Dia mengaku dia sedar dengan apa dia katakan . Dia mengaku dia bodoh berkata sedemikian . Mungkin benar kata Chanyeol padanya beberap hari lalu . Dia perlu selesaikan perkara ini dengan Sarah dan kembali kepada teman wanitanya itu . Dia perlu lawan sikap egonya jika dia mahu perkara ini selesai . Dia tidak mahu terasa terhimpit dan sesak lagi .
I gotta do this , bisik hatinya kuat .
Telefon di dalam kocek seluar , ditarik keluar . Pantas dia menekan nombor telefon Sarah . Kemudian telefon dilekapkan pada telinga . Jantungnya sudah berdebar-debar menantikan talian diangkat oleh manusia itu . Percubaan pertama gagal . Dia mencuba sekali lagi . Sabar dia menantikan panggilan untuk berjawab . Percubaan kedua gagal . Dia mencuba sekali lagi . Bibir bawah digigit kuat , tidak hirau jika berdarah . Hatinya sudah mulai rasa lain . Dia semakin risau . Mana Sarah ? Kenapa panggilan tidak berjawab ? Macam-macam persoalan bermain di minda . Percubaan seterusnya juga gagal . Ah sudah . Jongin sudah tidak boleh duduk diam .
Dia mengangkat pinggul . Kot yang disangkut pada kepala kerusi , terus dicapai lalu disarungkan ke badan . Meja dikemaskan ala kadar . Dia berjalan keluar dari biliknya . Mata melilau mencari kelibat setiausahanya .
“Soojung , I have to go to somewhere now . Tolong cancel semua meeting yang ada .” ucap JongIn apabila ternampak Soojung yang baru keluar dari sebuah bilik dengan segelas air dan fail di kedua-dua belah tangannya . Muka perempuan itu jelas kaget .
“Ta- tapi Encik Kim , hari ini ada mesyuarat penting dengan ....”
“Nyawa saya lagi penting .” potong JongIn tenang , hampir membuatkan gelas dan fail di tangan Soojung terjatuh . Terlopong perempuan itu seketika . Tanpa membuang masa banyak di situ , JongIn terus melangkah pergi .
Dalam perjalanan menuju ke keretanya , dia cuba mendail sekali lagi nombor Sarah . Hatinya tidak putus-putus berdoa agar perempuan itu akan angkat panggilannya kali ini .
Trut trut trut
Talian masih berbunyi . Kemudian mati . Dang it . Gagal lagi . hatinya merungut . Pintu kereta dibuka lalu dia masuk ke dalam perut kereta . Nombor Sarah didail sekali lagi .
Trut trut trut
“Hello , JongIn?” JongIn terus menegakkan posisi duduknya . Matanya membuntang . Perasaan marah yang sudah reda beberapa hari itu kembali bergolek . Hatinya panas .
“JongIn , are you there ? JongIn ? JongIn !” dia masih mendiamkan diri
“JongIn datang sini sekarang ! Sarah ! Sarah perlukan kau !” hatinya remuk mendengar suara Sehun apabila manusia itu cemas menyuruh dia datang ke hospital di mana Sarah dimasukkan .
“JongIn tolong . Aku rayu dekat kau sekarang datang sini cepat !” tanpa membuang masa , talian dimatikan . Telefon terus dicampak ke tempat duduk di sebelah . Enjin dihidupkan . Laju kereta dipandu . Jantungnya berdebar-debar memikirkan tentang Sarah . Bagaimana keadaan perempuan itu sekarang ? Sempatkah dia meminta maaf dengan semua dia dah lakukan ? JongIn cemas . Dia perlu cepat sebelum terlambat .
***
“JongIn ?” Chanyeol terkejut melihat kehadiran kawan karibnya itu di hospital . Daripada duduk , dia terus berdiri .
“Mana Sarah , Chanyeol ? Mana dia ?” mata JongIn melilau mencari kelibat Sarah dibalik kaca yang dilindungi oleh langsir putih itu . Chanyeol terus memeluk bahu JongIn , cuba menenangkan lelaki itu .
“Bawa bertenang , JongIn . Sarah ada dekat dalam . Sehun tengah tengokkan keadaan dia . Hopefully she would be fine . Duduk dulu . Tenangkan fikiran kau . Doa banyak-banyak .” lembut suara Chanyeol menyentuh gegendang telinga JongIn . JongIn tersandar lesu pada dinding hospital itu . Dia merenung kosong siling putih di atas . Jantungnya berdebar . Air matanya sedikit demi sedikit menitis , membasahi kot hitam yang dipakai .
“Chanyeol ?” lemah dia memanggil nama manusia di sebelah .
“Eung ?”
“What if aku tak sempat minta maaf dan dia pergi ?”
Spontan satu ketukan hinggap di kepalanya . Namun dia langsung tidak memberi apa-apa reaksi walaupun sakitnya bukan kepalang . Baginya penyakit yang Sarah sedang lawan sekarang ini lebih sakit rasanya dari ketukan Chanyeol .
“Kenapa kau cakap macam tu sedangkan kau tak berdoa dekat tuhan supaya beri kau peluang untuk betulkan segalanya ? Jongin , dont ever stop hoping cuz there’s a hope for you” Chanyeol selesai memberi dorongan , Sehun muncul dari balik pintu . Membuatkan kedua-dua manusia yang tadi duduk itu terus berdiri tegak menghadap kawan karib mereka yang lagi seorang itu . Mereka menanti jawapan dari mulut Sehun .
“Jongin . Thanks for coming . Kau boleh masuk sekarang . Sarah tunggu kau .” lembut Sehun berbicara . JongIn memandang Chanyeol . Lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya . Bahu JongIn ditepuk-tepuknya beberapa kali .
“Masuk . Sarah tengah tunggu kau . Ingat apa patut kau buat .” ucap Chanyeol . Tanpa membuang masa JongIn terus berjalan ke arah pintu bilik wad Sarah . Dia menarik nafas untuk mengumpul keberanian dan dorongan untuk melangkah masuk . Kemudian perlahan-lahan dia menghembus keluar nafas itu . Tombol pintu dipulas . Dia melangkah masuk .
“Aku harap dia sempat .” Chanyeol berkata kepada Sehun . Sehun mengulum senyum dan mengangguk setuju .
“Aku pun harap begitu .” akhirnya Sehun bersuara .
***
Sekujur tubuh yang terbaring lemah di atas katil itu direnung lama . Remuk hatinya melihat keadaan Sarah sebegitu rupa . Perlahan-lahan dia melangkah , mendekati perempuan itu . Seakan sedar kehadiran seseorang , perlahan-lahan Sarah memusingkan kepalanya menghadap manusia itu . Bibirnya yang pucat itu mengulum senyum . Hatinya gembira melihat JongIn .
“Hey .” sepatah perkataan keluar dari mulut JongIn sebagai mukadimah . Kerusi di sebelah katil Sarah ditarik lalu dilabuhkan pinggulnya ke atas kerusi itu .
“You come ~” perlahan perempuan itu berkata , namun JongIn masih mampu untuk menangkap butiran kata-kata itu .
Lelaki itu mengangguk . Bibirnya tersenyum hambar . Tangan Sarah diraihnya . Perlahan-lahan bibir itu memberi ciuman pada tangan perempuan itu . “I’m sorry for everything ...”
“Sarah faham .” potong Sarah pantas membuatkan lelaki itu daripada tertunduk , terus memandang wajah pucat perempuan di hadapannya itu . Pandangannya perempuan itu ditarik ke siling wad . Dia tersenyum . JongIn berkerut .
“I never blame you for what had happened . I blame myself . Sarah yang patut beritahu JongIn semuanya .” sambungnya lagi selepas beberapa ketika mendiamkan diri .
“Tapi tak , Sarah simpan diam-diam . Bila dah berlaku macam dua hari lepas . Sarah menyesal sangat .” tanpa dia sedari , sebutir demi sebutir mutiara jernih turun mengalir dari tubir matanya . Perlahan-lahan dia memusingkan kepalanya , memandang JongIn .
“Sarah~” lembut JongIn memanggil nama teman wanitanya itu .
“hhm ?” Sarah berlagu .
“Sarah . Ingat lagi tak masa kita berdua mula kenal ?” soal JongIn . Sengaja dia mengubah topik bualan .
Sarah menangguk . “Ingat .” sepatah dia menjawab .
“Sebelum JongIn ajak Sarah keluar makan . Sarah nak tahu tak , JongIn selalu perhatikan Sarah dari jauh . Setiap hari . Tak pernah miss .” dia tertawa kecil . Redup mata JongIn memandang wajah perempuan itu . Dia sungguh fokus mendengar cerita JongIn . Cerita tentang mereka .
“Hari demi hari , JongIn kumpul semangat . Bila dah berani . JongIn ajak Sarah keluar makan . Masa tu JongIn ingat lagi . Sarah nampak terkejut . Cepat-cepat Sarah minta excuse bagi masa itu ini ...” dia tidak berhenti senyum .
“Dan excuse Sarah tu buat JongIn tunggu seminggu lebih untuk dapatkan jawapan .” sambungnya lagi . Sarah tersenyum .
Ya , dia ingat waktu itu . Dia memerlukan masa lebih seminggu untuk beri jawapan kepada JongIn . Mana tidaknya , orang yang dia suka selama itu , tiba-tiba ajaknya keluar makan . Angin tak ada . Ribut tak ada . Tiba-tiba sahaja . Mulanya , dia fikir mimpi . Tapi tidak , perkara itu benar-benar berlaku . Dan akhirnya ....
“Mulanya ingat kena reject . Tapi tak , Sarah setuju juga . JongIn happy sangat masa tu . Mulanya kita keluar makan sebagai kawan . Tak lama lepastu , lebih dari seorang kawan .” hidungnya cepat-cepat menahan cecair jernih dari terus mengalir . Dia tersenyum sendiri . Diramas lembut tangan Sarah . Dimain jari-jemari perempuan itu .
“Dan cincin yang dekat jari Sarah ni , cincin pertama JongIn beli untuk perempuan and i’m so happy that girl i gave this ring is you . Orang yang JongIn sayang sangat .”
“Sarah . Sarah tahu tak bila JongIn dapat tahu Sarah hidap penyakit kanser usus dan penyakit tu dah stage ke-4 . JongIn bebetul rasa tak percaya . Orang yang JongIn sayang , cinta , diuji dengan penyakit sebegitu . Setiap malam , JongIn akan nangis bila memikirkan pasal Sarah . JongIn tak sedia untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku dengan hubungan kita . Sejujurnya , JongIn taknak Sarah pergi ke ‘tempat’ yang lebih jauh .” air matanya kembali mengaburi pandangannya . Kemudian , setitik demi setitik air matanya gugur . Dia cuba sedaya upaya menahan sedu .
“JongIn nak sangat Sarah . JongIn nak sangat kita kahwin .” luahnya dalam tangisan . Dahinya terjatuh ke atas pautan tangan mereka . JongIn menangis semahu-mahunya disitu .
“JongIn ~” panggilan itu menyentuh gegendang telinganya . Tangan Sarah mengusap lembut kepala teman lelakinya . Perlahan-lahan JongIn mengangkat sedikit kepalanya , memandang wajah pucat itu .
“Kalau Sarah pergi .... Sarah tetap ada dengan JongIn . JongIn ingatkan ayat Sarah tu ?” JongIn mengangguk kepalanya lemah .
“Walaupun Sarah pergi jauh dari JongIn . Sarah tak akan pernah hilang dari hati JongIn . Kita sama-sama sayang antara sama lain . Tapi cinta tak pernah kekal JongIn . Setiap manusia pasti akan mati . Kita tak boleh nafikan benda tu .” remuk hati JongIn mendengar butir bicara Sarah . Air matanya semakin banyak gugur . Perempuan itu beriak tenang . Bibirnya tidak putus mengukir senyuman .
“I love you ~” tangan perempuan itu dicium lama . Sarah hanya tersenyum .
Entah kenapa , tiba-tiba perut terasa kuat mencengkam . Sakit . Sangat sakit . Sarah berkerut cuba menahan perit . Seakan sedar , perubahan muka Sarah . Mata JongIn membuntang . Cepat-cepat dia berdiri , cuba melihat keadaan Sarah .
“Sarah ~ Sarah ~ Sarah ~” bertubi-tubi nama perempuan itu dipanggil . Digoncang badan perempuan itu lembut .
“Sarah . Kenapa ni ?” soalnya dalam cemas .
“Sarah , janganlah macam ni . Sarah ~” matanya kabur . Dia tidak peduli akan air matanya yang semakin banjir di tubir mata . Apa yang dia peduli . Keadaan Sarah .
Perempuan itu merengkut , menahan kesakitan .
Pintu bilik dibuka . Sehun muncul bersama beberapa orang jururawat . Mukanya nampak cemas . Laju kakinya melangkah ke arah Sarah . Stetoskop yang tersangkut pada leher itu diambil . Denyutan jantung Sarah diperiksa .
“Encik . Encik minta keluar . Kami perlu jalani pemeriksaan sekarang .” arah seorang jururawat di situ . Mata JongIn angkur . Namun matanya tidak lepas dari terus memandang Sarah yang masih menahan kesakitan itu .
***
Dia menyandar lesu pada badan kerusi sementara kepalanya menyentuh kaca bilik Sarah . Chanyeol yang berada di sebelah tidak berhenti menepuk-nepuk paha JongIn , cuba menenangkan kawannya itu . Dia memandang sayu ke arah JongIn yang masih menangis itu .
“Everything’s going to be fine .” Dia cuba menghalau jauh kesunyian di koridor hospital itu .
“Aku tak sedia kehilangan dia , Chanyeol .” perlahan sahaja dia membalas .
“Aku faham . Tapi kita tak boleh salahkan takdir , JongIn .” kata Chanyeol lembut . JongIn terdiam .
“Kalau kau sayang dia . Kau doakan dia . Jangan pernah putus .”
Terdengar sahaja pintu bilik dikuak . Mereka berdua cepat-cepat mengangkat pinggul . Wajah Sehun diseluruhi . Riak yang hampa .
“How’s she ?” JongIn menyoal cemas . Sehun terdiam . Pandangannya ditarik ke arah lain .
“Dia masih hidup kan ?” kot putih Sehun dicengkam kuat . Air matanya laju mengalir . Lelaki itu masih berdiam . Matanya juga sudah berkaca .
Jongin memandang Chanyeol . “Dia masih hidup lagi kan , Chanyeol ? Dia masih hidup kan ?”
Chanyeol hanya mendiamkan diri . Dia tidak mampu berkata apa-apa tatkala itu .
“Dia masih hidup kan , Sehun ? Jawablah , Sehun !” kot putih Sehun dicengkam kuat . Air matanya laju mengalir . Lelaki itu masih berdiam . Matanya juga sudah berkaca .
“Kau kata kau doktor ! Kau sanggup ambil semua kes Sarah ! Tapi kenapa ?! Kenapa kau tak boleh selamat kan dia ! Kenapa Sehun ? Kenapa ?!” digoncang kuat badan Sehun . Chanyeol di sebelah , sudah mula memegang bahu JongIn .
“Sabar , JongIn . Sabar !” ucap Chanyeol , cuba meredakan amarah JongIn .
“Kau kata kau boleh selamatkan dia ! Tapi kenapa dia pergi ?! Jawablah !” genggamannya pada kot putih itu dilepaskan . JongIn terjelopok jatuh ke lantai . Dia menangis semahu-mahunya di situ . Sehun masih berdiam , air matanya sebutir demi sebutir jatuh . Dia tidak sanggup untuk memandang kawannya itu . Sehun terus memusingkan badannya dan melangkah pergi . Sampai di satu sudut , dia terduduk . Air matanya semakin banyak mencurah . Dia gagal selamatkan Sarah . Dia gagal selamatkan nyawa teman wanita kawannya itu . Dia terima jika JongIn ingin menyalahkan dirinya . Dia terima segalanya .
“Sarah ~ kenapa , Sarah ? Kenapa Sarah pergi ?!” baju kemeja di bahagian dada kirinya digenggam erat . Cuba menahan sakit yang tidak mampu ditahan .
Chanyeol yang mendengar segalanya juga sudah mula menahan sedu . Kepalanya ditolehkan ke arah lain untuk menyembunyikan air matanya .
***
“JongIn ~” dia terdengar suara itu memanggil namanya . Apabila dia membuka matanya . Wajah Sarah menghiasi pandangannya . Perempuan itu nampak cantik dengan pakaian putih yang dipakai . Mukanya tidak sepucat tadi . Sarah tersenyum .
“I have to go now . Sarah nak JongIn bahagia . Sarah tak nak JongIn bersedih lagi .” ucap Sarah . Tangan JongIn diraih . Sebentuk cincin diletakkan ke atas telapak lelaki itu . Cincin yang dipakai oleh Sarah seketika tadi , cincin pertama darinya untuk perempuan itu . “Ambil cincin ni dan berikan kepada wanita yang bakal JongIn cinta .” Sarah mengulum senyum . Lelaki itu terus menangis . Dia mengangguk kepalanya laju .
“Sarah akan sentiasa ada dengan JongIn ~” itu kata terakhir Sarah sebelum bayangannya hilang .
“Sarah ? Sarah ?!” JongIn terjaga dari tidurnya . Dia terduduk . Dahinya penuh dengan rintikan peluh . Dia memandang segenap ruang biliknya .
Mimpi ~ , desisi hatinya .
Seakan terasa sesuatu di dalam genggaman tangan kanannya , JongIn meleraikan genggaman untuk melihat .
Cincin Sarah .
Matanya membuntang . Laju kepala memusing , menilik ruang kamarnya . Apabila teringatkan mimpi itu . Dia mula menangis semahu-mahunya . Cincin di dalam genggaman mula dirapatkan dada (jantung) . Ayat terakhir Sarah mula terngiang di pendengaran .
“Sarah akan sentiasa ada dengan JongIn ~”
“Sarah ~” perit tekaknya , cuba menahan tangis .
“JongIn janji . JongIn janji , JongIn tak akan pernah lupakan Sarah . JongIn takkan pernah lupakan kenangan kita . I’m sorry for being too dumb . I’m sorry for being too selfish . I’m sorry , Sarah . I’m sorry .”
No comments:
Post a Comment