
Pembunuhan - Satu kes pembunuhan kejam telah berlaku di suatu kawasan di Busan dan perkara ini telah mengejutkan ramai penduduk di kawasan itu. Setiap hari mereka hidup dalam ketakutan selepas kejadian yang maha dahsyat itu berlaku. Apabila malam menjelang, kawasan itu akan menjadi senyap sunyi seakan tidak berpenghuni. Setiap hari, pihak polis akan digesa untuk melakukan siasatan dengan cepat supaya mereka dapat hidup dengan aman seperti biasa. Segala inisiatif telah diambil. Namun, usaha mereka sia-sia. Pembunuh masih tidak dapat dijejak.
Cho Miran – Seorang bekas polis undercover. Berhenti kerana menuruti permintaan mendiang ayahnya. Dipanggil untuk bertugas kembali untuk menyiasat kes pembunuhan di Busan. Pada mulanya, dia enggan. Namun, disebabkan dia memerlukan sesuatu. Dia setuju juga akhirnya.
Sekolah Menengah Busan (rekaan semata) – Lokasi di mana Cho Miran perlu melakukan siasatan solonya. Sekolah yang terkenal sebagai sekolah bermasalah. Pelajar-pelajarnya bukan seperti pelajar-pelajar yang selalu dibayangkan oleh akal.
EXO – Sekumpulan pelajar yang dikatakan ‘The Most Wanted’ di dalam sekolah. Kumpulan yang mempunyai masalah disiplin yang sangat serius. Lokap boleh dikatakan rumah kedua mereka. Khabar angin mengatakan bahawa merekalah pembunuh kejam pelajar lelaki itu. Tiada bahan bukti yang mampu membuktikan kebenaran itu. Pihak polis tidak mampu membuat apa-apa. Sebaliknya, hanya mampu memerhatikan gerak-geri mereka dari jauh.
Psiko – Itulah permainan paling besar dalam cerita ini.
***
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan real life issues atau apa-apa pun. Setiap kesalahan tatabahasa dan kesulitan amatlah dikesali.
***Watak berkemungkinan akan hapus satu per satu***
No comments:
Post a Comment