Save Me or Kill Me [Bab 1]

Bab 1

Kai’s POV

Troli bagasi ditolak keluar dari kawasan pelepasan. Mata melilau ke segenap kawasan di balik cermin mata hitam. Lapangan terbang sesak dengan pelbagai ragam manusia. Agak sukar untuk aku mencari manusia yang dikatakan akan menjadi teman aku dekat sini. Selepas beberapa ketika, mata tertancap pada satu tubuh di satu sudut berdekatan dengan pintu keluar. Dia menarik senyum sinis. Gula getah di dalam mulut dikunyah. Manusia itu berjalan menghampiri. Tangan dihulurkan pada aku.

“Park Chanyeol.”

Aku meneliti lama manusia di hadapan. Jaket hitam, seluar jeans berwarna biru muda, kasut kasual dan topi yang sengaja dipakai secara terbalik tersarung pada tubuh tinggi itu. Tiada gaya seperti seorang agen perisik. Dengan wajah yang tidak serius itu. Aku memang rasa aku betul-betul dipermainkan sekarang ni. Berapa kali Kep cuba nak cari pasal dengan aku ni.

Hembusan nafas dihela panjang. Huluran tangan itu disambut.

“Kim Jongin.” Jabatan tangan aku lepaskan.

 “Jom, hantar barang kau dekat kereta. Tempat ni tak selamat nak borak lama.” Salah satu beg aku diangkat. Tanpa banyak kata, langkah terus diatur keluar dari lapangan terbang.

Kepala mengangguk faham. Beg di troli diangkat lantas membuntuti langkah manusia itu tanpa mengeluarkan apa-apa kata.

Sampai sahaja di tempat parkir kereta, Chanyeol membantu aku memasukkan beg ke dalam bonet. Disusun kemas untuk memastikan ruang cukup untuk memuatkan beberapa beg yang aku bawa. Telefon yang diletakkan di dalam kocek kot dikeluarkan. Diteliti seketika sebelum dimasukkan kembali di tempat asalnya. Pintu di tempat duduk penumpang hadapan dibuka sebelum aku memasuki ke dalam perut kereta. Enjin dihidupkan dan kereta dipandu keluar dari kawasan lapangan terbang. Pandangan dilempar ke luar tingkap. Cuba memerhati keadaan di luar sana. Lagu yang bermain dari corong radio mengisi ruangan.

“Aku dah baca rekod kau.” Perhatian aku dicuri.

Aku memandang ke sisi sekilas. Matanya setia tertancap pada dada jalan.

“Kinda impressive.” Kepala mengangguk perlahan. “Aku rasa tak sia-sia aku ambil kau.”

“Kenapa aku?” Aku menyoal.

“Sebab aku dah lama perlukan orang macam kau.” Signal ke kiri dihidupkan sebelum stereng dipulas.

“Apa jadi dengan partner kau sebelum ni?”

Dia menjeling aku sekilas. Mulut terkunci rapat.

“Mati?” Aku meneka.

Kereta berhenti secara mendadak menyebabkan aku hampir terhantuk pada dashboard. Mata mencerlung tajam memandang manusia di sebelah. Wajahnya beriak selamba. Tanpa menjawab soalan aku, pintu kereta dibuka lantas dia keluar dan berjalan ke bonet kereta. Bola mata dijulingkan, aku turun dari kereta dan bergerak ke tempat yang sama. Usai mengambil barang-barang yang ada, aku membuntuti langkahnya pula ke dalam perut rumah. Mata terbeliak kecil sebaik sahaja pintu rumah dibuka luas. Pandangan menebar ke seluruh ruangan. Kemas. Tak ada nampak kesan kotor ataupun habuk. Semua perabot yang ada tersusun cantik. Memang berbeza dengan ekspektasi aku. Impressive.

“Coke atau kopi?” Suara itu memecahkan lamunan.

“Coke, for sure.” Pinggul dilabuhkan ke atas salah satu sofa di ruang tamu.

Chanyeol mengangguk kepala, faham sebelum melangkah ke dapur. Aku duduk tersandar pada sofa. Letih masih menguasai. Pandangan kembali meneliti isi rumah. Beberapa ketika kemudian, aku mula tertarik pada satu bingkai gambar yang terletak di atas speaker di satu sudut ruang tamu. Pinggul diangkat dari sofa dan kaki perlahan-lahan mula melangkah untuk mengambil bingkai gambar itu. Mata mula meneliti. Gambar seorang budak perempuan dan seorang budak lelaki. Hujung bibir mula menarik senyum. Tak sangka aku, comel juga mamat ni masa kecil. Macam elf. Di luar sedar, aku sudah tergelak kecil.

Bingkai gambar dirampas kasar membuatkan aku tersentak. Raut itu bengis. Jantung mula berdebar.

“Kau tak diajar untuk respect barang orang, kah?” Nada itu keras.

Tekak menelan liur. “Sorry.”

Chanyeol membisu. Bingkai gambar diletak kembali ke tempat asalnya. Dengan raut bengis itu dia jalan melepasi aku dan mengambil tempat di sofa. Hembusan nafas, aku hembus panjang. Kaki melangkah ke sofa.

“Kakak kau?” Aku meneka. Pinggul dilabuhkan ke atas sofa tadi.

Manusia itu masih membisu. Tin minuman Coke ditolak ke arah aku. Topi yang menutupi kepala itu dibuka lalu diletak di sebelah. Aku memerhati manusia itu sambil meneguk air yang dihulur tadi bagi membasahkan tekak yang kering.

“Dia adik aku.” Suara itu memecah sunyi selepas beberapa ketika.

Mata menarik ke hadapan. Memandang manusia itu dari sisi wajahnya.

“Satu-satunya ahli keluarga yang aku ada lepas parents aku mati.” Air tin diteguk.

“Mana adik kau sekarang?”

 “Aku tak tahu.” Kepalanya menggeleng lemah. “ Kami dah berpisah lama sejak 15 tahun lepas.”

Perbualan mula menarik minat.

“Apa jadi?” 

Tin di tangannya diletakkan ke atas dasar meja. Kotak rokok yang terbaring di atas wallet diambil lalu dibuka penutupnya. Seputung rokok ditarik keluar lantas diselitkan di tengah bibir. Dibakar pula hujungnya dengan lighter. Hembusan asap dilepaskan keluar membuatkan aku terbatuk apabila menghidu bauan asap itu. Putung rokok ditarik keluar menggunakan jari telunjuk dan jari hantu. Pandangannya ditalakan ke arah aku.

“Lepas kematian parents aku. Pak cik aku ambil alih dalam hak penjagaan. Beberapa tahun pertama, kami tak ada masalah. Aku dengan adik aku pun rasa selesa tinggal dengan pak cik aku. Apa kami minta, semuanya dipenuhi. Tak pernah pun kami dilayan buruk. Sehinggalah satu hari tu.” Dihisap lagi hujung rokok lantas dihembus keluar baki asap yang dihisap. “Entah apa yang berlaku. Dia terpaksa lepaskan kami berdua. Adik aku diambil oleh orang sebagai anak angkat. Aku dihantar ke sekolah tentera. Beberapa tahun lepas tu, aku keluar. Dengan satu-satunya tujuan yang aku ada. Aku terus pergi rumah keluarga angkat dia dengan tujuan nak ambil adik aku semula. Kau tahu apa dorang cakap?”

Aku menggeleng.

“Dia dah lama mati.”

Jiwa terasa direntap kuat dari dalam. Aku seolah-olah dapat merasa keperitan yang dilalui itu.

“Kau umur berapa tahun ni?” Lamunan aku seketika tadi mati.

“23.” Balas aku perlahan.

Dia menarik senyum. “Dia muda tiga tahun dari kau.”

“Siapa nama adik kau?”

“Park Hwajun.”

Tidak tahu untuk memberi respon, aku mendiamkan diri.

“Done with this bullshit.” Nafas ditarik berat sebelum dilepaskan keluar. “Aku nak naik atas. Nak mandi.”

Putung rokok yang separuh dihisap itu ditekan muncungnya ke dalam mangkuk kecil. Mematikan bara yang masih menyala. Mata melihat manusia itu bangun dari sofa.

“Kau.” Pandangannya menala ke aku. “Buat rumah ni macam rumah kau. Cuma satu je, aku tak suka kotor. Jadi kau faham-fahamlah.”

Aku mengangguk faham. Mata menghantar manusia itu pergi. Beberapa ketika selepas itu, bayangannya hilang. Meninggalkan aku seorang diri di ruang tamu. Badan melurut sedikit ke bawah. Belakang leher direhatkan pada kepala sofa. Siling putih di atas direnung kosong.


Kejap. 

Dia tak jawab lagi soalan aku dalam kereta tadi.

No comments:

Post a Comment