Bab 2
Julianne’s POV
Pelanggan datang macam tali air. Tak putus-putus. Kerja yang sepatutnya
dilakukan empat orang, terpaksa dilakukan dua orang. Tak menang tangan aku
melayan pelanggan yang datang. Rasa penat sudah mula mendesak untuk aku
berehat. Enam jam bekerja tanpa henti. Akhirnya, tiba waktu pertukaran shift aku dengan pekerja shift malam. Beban yang dipikul sudah terasa
ringan. Apron yang terlilit di keliling pinggang, ditanggalkan lantas disangkut
pada salah satu penyangkut yang ada. Kaki melangkah lemah ke dalam bilik
persalinan staf. Mata melilau mencari kerusi kosong sebelum melabuhkan pinggul.
Kepala sudah mencium permukaan meja. Memang terlalu penat. Dalam otak aku
sekarang ni, tak ada apa-apa melainkan aku fikir nak balik.
“Julianne!” Belakang badan dipaut kuat membuatkan aku tersedak.
Bola mata dijulingkan. Aku menoleh ke belakang. Mencari wajah manusia itu.
“Kau nak apa? Aku penat ni.” Aku mendengus.
Soojung tersengih. “Kau dah habis shift, kah?”
“Tak. Aku tengah curi tulang ni.” Kepala menggeleng rimas sebelum
diletakkan semula ke atas permukaan meja.
“Tch. Tak habis-habis loya buruk dengan aku.” Kedengaran kerusi ditarik
sebelum manusia itu mengambil tempat bertentangan dengan aku.
“Obviously, aku dah habis shift, Soojung.” Nada malas.
“Kalau macam tu. Jom pergi tempat biasa.”
Kepala cepat-cepat aku gelengkan.
“Asal?” Soojung mencebik.
“Aku penatlah. Enam jam non-stop
kot hari ni. Kaki aku dah rasa nak tercabut dah.”
“Alah, kesian kau. Ingat nak ajak teman aku cari novel baru.”
“Novel baru?” Kepala diangkat. Dahi berkerut. “Bukan kau dah beli novel
baru ke sebelum ni?”
“Memanglah. Tapi dua hari lepas, aku
ada baca yang Jin ada keluarkan novel baru.”
“Serius?” Mata membeliak besar.
Soojung mengangguk laju.
Damn. Sejak bila
dia keluarkan novel baru? Baru bulan lepas dia keluarkan novel terbaru.
Sekarang ada lagi yang terbaru. Biar betul mamat ni. Dia ni guna otak apa
sampai boleh tulis novel dalam masa yang singkat. Tak pecah kepala pula fikir
jalan cerita. Ish. Tak boleh jadi ni. Aku mesti kena beli. Wajib beli. Cerita
aksi yang dia tulis semua gempak. Kalau tak beli, rugi besar. Tapi kalau aku
pergi kedai buku nanti, aku memang tak bangun esok. Tambah-tambah pula kaki aku
dah nak tercabut suis sekarang ni. Hm. Sabar kejap. Beri aku masa berfikir.
“Ju. Berapa lama aku kena bagi masa dekat kau ni?”
Lamunan diragut. Manusia di hadapan aku pandang.
“Aku dah buat keputusan.”
“Apa dia?”
Kod pada pintu ditekan laju. Mata menebar sepanjang koridor, memastikan
tiada siapa yang mengikuti aku dari belakang. Pintu terbuka. Untuk kali
terakhir, aku memeriksa sebelum memasuki ke dalam perut rumah. Kasut
ditanggalkan begitu sahaja. Suis lampu ditekan, buka. Kaki menapak malas ke
ruang tamu. Badan terus dilemparkan ke atas sofa. Beg yang tersangkut pada bahu
sudah melurut ke lantai. Aku terasa macam dekat syurga. Segala penat aku
seolah-olah diserap terus masuk ke dalam sofa. Aku tahu itu hiperbola tapi tak
salah mencuba.
Pandangan menala kosong ke dada siling. Melayan perasaan sendiri. Entah
bila dan bagaimana, aku tak sedar aku sudah lena di atas sofa.
“Tolong. Jangan pukul saya.” Tangisan itu mula menggegarkan segenap
ruangan.
“Diam!” Satu tamparan hinggap kuat di kepala. Tangisan tadi bertambah kuat.
“Maafkan saya, ayah. Saya tak akan buat lagi.” Dia merayu dalam tangisan.
“Berapa kali kau nak kecewakan aku?” Tangan itu tidak henti dari terus
memukul. Rautnya bengis.
“Ayah, berhenti. Ayah!” Sendu menyekat pada kerongkong.
“Ayah. Ayah. Sejak bila aku ayah kau!” Digoncang kepala budak perempuan itu
sebelum dilepaskan. Mata melilau sekitar ruang bilik. Cuba dicari sesuatu. Batang
paip yang terletak di sudut bilik itu menarik minat. Tanpa banyak bicara, terus
diambil batang paip itu dan digenggam kuat. Bibir sudah tersenyum. Jahat.
Budak itu dihampiri. “Selama ni aku bagi kau muka. Tapi kau pijak kepala.”
Pandangan menala ke hadapan.
“Ayah. Jangan ayah.” Dia mengesot ke belakang. Kepala menggeleng laju.
Tubuh sudah menggeletar, ketakutan.
Batang paip dihayun ke atas.
“Ayah!”
Kelopak mata terbuka luas. Dada tercungap-cungap mengambil nafas. Jantung
berdenyut di luar kawalan. Pandangan menebar ke seluruh ruangan. Rintik-rintik peluh sudah membasahi dahi. Cahaya
matahari yang menemborosi dari balik langsir melemparkan cahayanya ke ruang
tamu. Hembusan nafas lega dihembus keluar. Aku bangkit dari pembaringan. Belakang
leher yang terasa lenguh diurut lembut.
Mimpi.
Nafas diambil bagi menenangkan perasaan sebelum kaki mula menapak ke dalam
bilik. Tuala yang tersangkut itu dicapai. Kaki berhenti melangkah. Mata
memandang ke arah cermin. Meneliti pantulan imej yang dibalikkan. T-shirt
diangkat sedikit. Cukup menampakkan kesan parut pada pinggang kanan. Bibir
melepaskan keluh. Diturunkan kembali hujung t-shirt.
Aku masih tak faham.
Adakah kesan parut tu ada kena mengena dengan kisah silam aku.
Dan kenapa aku kerap mimpi pelik sejak belakangan ni.
No comments:
Post a Comment